Friday, 3 April 2015
NILAI ETIKA DAN INTEGRITI GURU
PENJELASAN
Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan.
NILAI
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif.
\
ETIKA
Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen.
1. Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.
2. Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.
3. Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.
INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.
2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Kesimpulan
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhan

Thursday, 2 April 2015
COMBI
APA ITU COMBI
COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang di asaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.
COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.
Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
- Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi
(Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy) - Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
- Pengiklanan (Advertising)
- Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal
(Personal Selling / Interpersonal Communication) - Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)
Matlamat COMBI ialah untuk;
- Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
- Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
- Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.
Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:
Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;
Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;
- Wabak berulang,
- Wabak tidak terkawal atau
- Lokaliti wabak
- Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes
- Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi
- Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI
Wednesday, 1 April 2015
LINUS
LATAR BELAKANG
1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).
7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.
16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan September (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun, pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.
31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Apa itu PBS
Jawapan :
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.
2. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Jawapan :
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran
inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek,
kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan
penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan
pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk
membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.
3. Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?
Jawapan :
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi
negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.
4. Bila PBS mula dilaksanakan?
Jawapan :
PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
5. Apakah perbezaan antara PBS dengan
pentaksiran sedia ada?
Jawapan :
• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada
kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada
pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of
learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian
akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah
sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan
Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru
untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan
kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing
kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk
penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard
prestasi.
6. Apakah standard prestasi?
Jawapan :
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang
telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras
(benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
7. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat
dilaksanakan?
Jawapan :
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai
melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan
• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan
membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur
pelaksanaan yang ditetapkan.
• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat
dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk
kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu
tugasan.
• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
8. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas
mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?
Jawapan :
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS
pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base).
9. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk
murid?
Jawapan :
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu
dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang
tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi
motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
10. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?
Jawapan :
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai
dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake
kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
11. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru
dipercayai?
Jawapan :
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir
murid masing-masing kerana mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh memberi maklum balas yang membina untuk
penambahbaikan pembelajaran murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard
prestasi
12. Apakah guru sudah bersedia untuk
melaksanakan PBS?
Jawapan :
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)