Tuesday 31 March 2015

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

                    

Jenis - Jenis Pemikiran


           Terdapat beberapa jenis pemikiran. Jenis-jenis pemikiran ini boleh digalakkan oleh guru di dalam bilik darjah.


1      Pemikiran Mendatar/ Lateral

         Pemikiran lateral juga dikenali sebagai pemikiran analitikal. Ia telah diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah untuk diselesaikan. De Bono mengatakan bahawa terdapat empat faktor penting dalam pemikiran mendatar iaitu mengenalpasti idea- idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, melonggarkan cara- cara pemikira yang terkawal dan menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

       Tujuan menggunakan teknik pemikiran lateral ialah untuk merangsang pemikiran kreatif khasnya dalam aktiviti sumbangsaran di mana murid-murid dalam setiap kumpulan perlu berhubung dengan satu sama lain. Terdapat 5 jenis teknik pemikiran lateral. Antaranya iaitu perkaitan bebas, konsep “reversal”, kaedah objek fokal, kaedah cabaran dan menganalisa masalah. Bagi teknik perkaitan bebas, ia berlaku dalam proses sumbangsaran di mana terdapat banyak idea- idea bebas untuk murid-murid  mmebentuk kaitan dengan konsep-konsep yang dikaji. Kaedah “reversal” adalah untuk menilai sesuatu keadaan yang biasa secara terbalik. Murid-murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan menggalakkan mereka untuk melihat cara- cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi.

     Kaedah objek fokal di mana murid-murid memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek tersebut dengan masalah yang dikaji. Murid-murid mencabar cara- cara atau perkara-perkara yang dilakukan dengan keadaan sedia ada dinamakan kaedah cabaran. Ia menggalakkan konsep pemikiran di luar kotak. Proses memcahkan situasi atau masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dinamakan teknik menganalisa masalah. Seseorang individu perlu melihat cara-cara yang berbeza untuk menyusun sesuatu pola dan menjana alternatif-alternatif berbeza kepada sesuatu masalah.

2       Pemikiran Menegak

      Pemikiran ini juga diasaskan oleh Dr Edward De Bono di mana pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang trdisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dikenali sebagai “ vertical thinking”. Ciri-ciri pemikiran menegak adalah murid-murid mesti betul dan tepat dalam setaip langkah, klasifikasi dan label adaah tetap, seseorang itu mesti betul setiap masa, ia mengikut urutan yang spesifik dan menunpukan kepada apa yang relevan.

            Seseorang individu akan menggunakan pemikiran lateral apabila bergerak dari sesuatu idea tetap kepada proses mencipta idea- idea baru. Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti apakah masalah yang dihadapi, apakah alternatif-alternatif yang terdapat, apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut, apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya dan  adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tidak.



3    Pemikiran Kritis
  
Pemikiran kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya. Ia adalah satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak dan melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Selain itu, pemikiran kritis juga melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu idea, data atau maklumat bagi tujuan pemahaman yang jelas dan munasabah terhadap sesuatu perkara ataupun idea. Ia juga boleh dirujuk sebagai satu bentuk pemikiran reflektif.

Pemikiran kritis membenarkan murid-murid mengenalpasti isu-isu yang tidaj selari dengan struktur skema ( cara melihat dunia mengikut pengalaman yang lepas) dan mencari  cara- cara untuk mengubahsuai skema untuk memasukkan maklumat baru atau menolak sesuatu maklumat melalui proses penaakulan. Ciri-ciri murid yang berfikir secara kritis adalah membina kemahiran pemikiran dan penaakulan yang diperlukan untuk menilai maklumat menyelesaikan masalah, menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal melalui cabaran aktif dan penglibatan dalam kurikulum, boleh menganalisa hujah,menjana tafsiran, mengenal dan menilai tanggapan dan pandangan mereka sendiri dan orang lain.

Guru-guru boleh menerap kemahiran pemikiran kritis di kalangan murid seperti menggunakan strategi berpusatkan murid, mengurus fakta secara sistematik dan tersusun, memberi soalan- soalan yang lebih sukar kepada murid yang bijak, menggalakkan perbincangan dan aktiviti menyelsaikan masalah, mengarah murid-murid  membanding isi-isi yang kuat dan lemah dan mengarah murid-murid membuat pertalian yang signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.

     Pemikiran kritis juga memerlukan individu berfikir secara sempurna. Apa yang dimaksudkan sempurna adalah melihat idea ataupun isu itu secara meneyeluruh yang memerlukan penelitian menyeluruh pada idea atau perkara supaya dapat memperolehi kesimpulan atau hujah yang bernas .

4      Pemikiran Kreatif

          Ialah satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seorang guru yang cekap harus menjana pemikiran kreatif di kalangan murid-muridnya dengan memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-muridnya mengeluarkan idea yang unik dan kreatif.

      Guru-guru boleh menyemai kemahiran berfikir secara kreatif dengan cara-cara seperti melatih murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan relevan, guru mengemukakan soalan mengikut darjah soalan yang diberikan, soalan latihan yang diberikan bermula dengan soalan mudah dan berakhir dengan soalan sukar, menyediakan soalan lisan secara spontan, guru-guru mesti memupuk semangat ingin tahu dan pemikiran murid dengan soalan yang unik, murid mempunyai kemahiran berfikir di luar kotak dan guru-guru perle memperkenalkan strategi pengajaran seperti penyoalan dan penyelesaian masalah agar menjana pemikirna kreatif.

     Seorang guru perlu menjalankan lebih banyak aktiviti dan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri penemuan dan kaedah penyelesaian masalah untuk menjana pemikiran kreatif. Selain itu, banyakkan soalan terbuka di dalam bilik darjah dan menerima pelbagai jawapan yanh betul asalkan ia logik dan munasabah. Guru-guru harus memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam perbincangan intelektual.

5        Pemikiran Divergen

         Ia juga dikenali sebagai pemikiran bercapah. Tujuan utama pemikiran ini ialah untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai sesuatu topik dalam satu masa yang ditetapkan. Ia  juga melibatkan kemahiran guru- guru dalam membahagikan sebuah topik kepada unit- unit yang kecil supaya murid- murid dapat menganalisis topik utama secara lebih mendalam. Di dalam proses pemikiran divergen, individu yang berkenaan tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif untuk mencari cara atau idea baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan. Pemikiran divergen lebih sesuai digunakan dalam bidang sastera dan humanistik.

           Guru-guru boleh meningkatkan pemikiran divergen dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan soalan–soalan bercapah yang menekankan pelbagai jawapan/cadangan/cara penyelesaian. Murid juga diberikan kebebasan dengan menggunakan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah terbuka. Guru perlu menggunakan tenik penyoalan terbuka atau bercapah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan kaedah kumpulan, kaedah perbincangan dan sumbangsaran agar murid-murid dapat menjana banyak idea.

           Selain itu, guru-guru perlu menggalakkan murid- murid mengeluarkan idea secara kreatif dari diri sendiri. Peranan guru juga dengan mendengar, menerima dan memuji cadangan dan idea yang luar biasa daripada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-murid.  Senua individu mempunyai keupayaan berfikir secara divergen kerana semua individu mempunyai otak sebelah kanan.

6      Pemikiran Konvergen

     Pemikiran ini telah dicipta oleh ahli psikologi terkenal yang bernama J.P Guilford pada tahun 1967.  Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan bagi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan, prinsip,teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

      Pemikiran konvergen yang bertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Pemikiran ini sesuai untuk mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri daripada soalan- soalan yang dapat menganalisis satu sumber maklumat.Kebiasaannya soalan konvergen bermula dengan perkataan mengapa, bagaimana atau dalam cara apa..?.

       Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan di atas ialah menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru-guru harus menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam pemikiran ini, murid-murid perlu membuat pilihan daripada banyak jawapan atau respon atau alterntif-alternatif yang berbeza. Murid-murid yang pandai mempraktikkan pemikiran ini ialah merela yang dapat mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber untuk membentuk satu penyelesaian yang betul.

    Terdapat beberapa cara bagi meningkatkan pemikiran konvergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah guru memberikan soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan atau cadangan atau cara penyelesaian sahaja. Selain itu, guru perlu memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal. Teknik penyoalan menggunakan teknik penyoalan tertutup atau berstruktur. Pemikiran konvergen menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Soalan-soalan yang diberikan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh jawapan yang tepat.

7          Pemikiran Reka Cipta

      Pemikiran ini didefinisikan sebagai pemikiran “artistik” di mana individu boleh menunjukkan kemahiran dan bakat. Sifat-sifat individu yang mempunyai kemahiran pemikiran reka cipta yang tinggi adalah seperti mempunyai kemahiran motor yang tinggi, kemahiran yang tinggi dalam dalam berinteraksi dengan orang lain dan boleh mencipta sesuatu yang unik dalam jangka masa yang pendek.

            Pemikiran reka cipta kreatif adalah amat penting bagi subjek seperti seni, pengukiran, kemahiran hidup, kajian tempatan dan sains. Ini berlaku apabila perkembangan perisian di mana murid- murid mesti mengkordinasi pergerakan tangan mereka dengan menggunakan kemahiran motor mereka. Guru-guru boleh memanipulasi kemahiran motor “manipulatives” murid-murid untuk meningkatkan kemahiran reka cipta mereka. “ Manipulatives” melibatkan kordinasi mata dengan apa yang dibuat oleh kemahiran tangan. Ini merangsang perkembangan motor hlus kerana ia memerlukan kemahiran penggunaan tangan terkawal dan otot jari.

        Guru-guru boleh melaksanakan strategi dan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran kordinasi otak dan motor murid-murid mereka. Satu daripada masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru adalah mengajar murid-murid yang mempunyai kemahiran motor halus dan kasar yang berbeza-beza di dalam bilik darjah.

8      Pemikiran Celik Akal

       Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran ini juga merujuk kepada kebolehan mental individu untuk menggunakan celik akal yang abstrak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada. Pemikiran celik akal berhubungkait dengan memperolehi penyelesaian secara tiba-tiba dalam menyelesaikan masalah seperti yang dikemukakan oleh teori Kohler. Oleh itu, pengalaman ini dikenali sebagai pengalaman ‘Aha’ kerana ia menghubungkait kepada situasi di mana individu-individu mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan tiba-tiba dan dalam keadaan yang tidak terancang.

      Pemikiran reka cipta merujuk kepada pengalaman seseorang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dalam jangka masa yang tertentu. Pengalaman lepas dan kesediaan murid-murid untuk belajar akan membantu mereka untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka secara tepat dan efisien. Dalam pemikiran ini, murid-murid akan mengalami pengalaman baru dan penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian tersebut, apa yang tidak diketahui dan difahami pada masa lampau akan menajdi jelas dan  mudah kepada seseorang individu.

      Strategi yang dicipta dari pemikiran ini adalah berbeza daripada proses pemikiran  normal. Guru-guru patut menggunakan rangsangan yang sesuai untuk menggalak pemikiran celik akal di kalangan murid-murid mereka dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti kotak teka-teki, radas matematik dan lain-lain. Guru-guru juga mesti memastikan yang mereka memberi penjelasan yang jelas tentang proses-proses dan kaedah-kaedah yang terlibat sebelum mengarah murid-murid mereka untuk menjalankan aktiviti- aktiviti yang menggunakan pemikiran celik akal. Oleh yang demikian, boleh dilihat yang guru memikirkan cara-cara yang berbeza untuk menyemai pelbagai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid.

      Teknik-teknik Merangsang Kepelbagaian Pemikiran Murid

Penggabungan pemikiran kreatif dan pemikiran kritis adalah salah satu matlamat penting pendidikan untuk membantu murid-murid. Kedua-dua jenis pemukiran ini adalah penting bagi membentuk seorang pemikir yang seimbang. Murid-murid perlu diterapkan dengan pelbagai kemahiran berfikir untuk membolehkan mereka menjalankan tugasan-tugasan yang tidak dapat diurus oleh mereka sendiri, membawa murid-murid ke tahap pencapaian yang membolehkan mereka menghabiskan tugasan secara sendiri, membolehkan murid-murid mencapai kebolehan berdikari.

    Selain itu, membenarkan murid-murid mengarah pembelajaran melalui pencarian penyelesaian masalah, membantu menjadikan proses pemikiran murid-murid lebih eksplisit. Murid-murid juga boleh membentk hipotesis dan ujian dengan maklum balas serta merta dan membantu dalam perbincangan dengan rakan sebaya.

     Pihak sekolah juga boleh mengambil langkah-langkah untuk menyemai pengajaran kemahiran berfikir dalam konteks kurikulum dan bukan bukan kurikulum seperti pengajaran langsung pemikiran dalam konteks bukan kurikular, penggunaan kaedah-kaedah yang menggalak pemikiran dalam konteks kurikular dan penyusunan pelajaran dengan objektif kemahiran-kemahiran yang spesifik.

         Selain daripada menyemai kemahiran berfikir yang asas, guru-guru juga perlu menyemai kemahiran berfikir tahap tinggi dalam aktiviti kelas seperti pembuatan keputusan dan metakognitif (memikirkan tentang kemahiran berfikir). Guru-guru perlu menerapkan kemahiran berfikir seperti mencari maklumat, perasaan ingin tahu, perasaan mengambil berat, kebolehan membuat refleksi dan membuat penilaian rasional. Guru-guru boleh menyemai kemahiran berfikir di kalangan murid-murid seperti dalam Jadual  2.0  berikut. Justeru itu, guur-guru memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid menjadi pemikir yang efektif walaupun mereka memiliki gaya-gaya pembelajaran yang berlainan.

Penyemaian Kemahiran Berfikir
Kaedah Menggalak Kemahiran Berfikir
Menyemai kemahiran berfikir kreatif
Menjana banyak pilihan divergen bagi sesuatu situasi penyelesaian masalah
Menyemai kemahiran berfikir metakognisi
Memantau, menilai dan memandu pemikiran sendiri
Menyemai pemikiran kritikal/konvergen
Menganalisa komponen dam hubungan dalam sesuatu sistem
Menyemai pemikiran divergen
Membandingkan dan membezakan pilihan-pilihan
Menyemai kemahiran berfikir divergen dan penaakulan
Membuat inferens dan pentafsiran dariapada data


      Kepentingan Kemahiran Berfikir

        Kita akan menjadi pemikir yang baik  apabila kita sedar akan pemikiran kit adan berusaha berfikir dengan lebih teliti dan bertanggungjawab terhadap proses pemikiran kita. Kemahiran berfikir amat diperlukan bagi merealisasikan Wawasan 2020 dna hasrat negara. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan dan kekuatan minda yang dimiliki oleh rakyatnya.

         Kemahiran berfikir amat penting kerana keputusan yang baik adalah hasil daripada proses pemikiran yang baik. Pemikir yang baik perlu menyedari dia sedang berfikir dan sedang menggunakan segala kemahiran-kemahiran berfikir yang diperlukan bagi membuat keputusan yang baik. Latihan berfikir amat diperlukan dalam usaha mencapai hasrat falsafah pendidikan negara iaitu membentuk insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kemahiran ini dapat melatih murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dewasa ini dengan bijak dengan cara menggabungkan segala pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang diajar atau diperoleh.

            Kemahiran berfikir juga melahirkan individu yang lebih berfikiran terbuka, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat dan pandangan serta dapat menghasilkan idea yang bernas seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan maklumat adalah sumber pengetahuan kepada daya fikir dan dengan ledakan teknologi maklumat ini, guru bukanlah sumber utama pengetahuan kerana pembelajara lebih berbentuk mencapah. Gabungan dariapda dua unsur ini iaitu teknologi dan kemahiran berfikir akan melahirkan murid yang kreatif dan kritis.

      Kesimpulan

Kesimpulannya, guru harus memainkan peranan sebagai pencetus keapda aktiviti kemahiran berfikir di kalangan murid-muridnya. Pelbagai jenis pemikiran perlu didedahkan kepada murid. Pendedahan ini penting agar murid boleh meneliti kecenderungan berfikir yang ada pada dirinya.


Berdasarkan daripada huraian di atas, telah dinyatakan dengan jelas bahawa setiap jenis-jenis pemikiran akan membawa faedah yang tidak ternilai kepada murud-muridnya. Lantaran itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan cara-cara yang boleh meningkatkan setiap jenis pemikiran tersebut dalam persediaan pengajarannya.
Ujian UKM1 Permata Pintar dan Permata Insan

Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu ujian saringan UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2015. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berikut :
a)    Program PERMATA Insan bagi murid berumur 8 tahun dan boleh diakses secara   atas talian di laman web http://permatainsan.usim.edu.my
b)    Program PERMATA Pintar bagi murid berumur 9 hingga 15 tahun dan boleh    diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my
Maklumat lanjut tentang ujian tersebut boleh diperolehi melalui laman web seperti yang tertera di atas.
Sekian, terima kasih
Guru Besar,
Norhaniza bt Mohamad Dahalan


iTHINK

8 Peta Pemikiran



Proses Berfikir = Mendefinisikan

Mengikut Konteks

Peta  Pemikiran = Peta Bulatan



Bentuk:









Langkah Membina Peta Bulatan

1.    Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2.    Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3.    Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4.    Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

5.    Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.



Contoh








Proses Berfikir = Penerangan

Menggunakan Kata/ Frasa
Adjektif

Peta Pemikiran = Peta Buih


Bentuk:








Langkah Membina Peta Buih

1.    Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.

3.    Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4.    Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif

. Warna yang berbeza boleh digunakan.

5.    Contoh:

Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal. 





Contoh :









Proses Berfikir = Membanding Beza

Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda


Bentuk:







Langkah Membina Peta Buih Berganda

1.   Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.

2.    Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.

4.    Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.

5.  Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.

6.  Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.

7.  Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.





                                              Proses Berfikir = Membuat Pengkelasan

                                       Peta Pemikiran = Peta Pokok

Bentuk:


Langkah Membina Peta Pokok


1Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis


Contoh : 






Proses Berfikir = Hubungan Seluruh-
Bahagian

Peta Pemikiran = Peta Dakap




Bentuk:



Langkah Membina Peta Dakap

1.    Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud

2.    Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3.    Tuliskan bahagian / pecahan utama.

4.    Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

Lukiskan (  { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya. 


Contoh :




Proses Berfikir = Urutan

Peta Pemikiran = Peta Alir



Langkah Membina Peta Alir 

1.    Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)

2.  Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat.....

3.    Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4.    Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.

5.    Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6.    Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.

8.    Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah? 


Contoh :


  
 
Proses Berfikir = Sebab dan Akibat

Peta Pemikiran = Peta Pelbagai
Alir
 

Bentuk :
 
 

 


 
 
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1.    Digunakan untuk menerangkan  analisis sebab dan kesan.

2.    Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.

3.    Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

4.    Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5.    Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.

6.    Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7.    Peta ini juga   boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8.    Cadangan Topik –   Saya berjaya dalam peperiksaan.

Contoh :




Proses Berfikir = Melihat Analogi (Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)

Peta Pemikiran = Peta Titi
 


Bentuk :



Langkah Membina Peta Titi

1.   Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.

2.         Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.

3.         Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang

berkaitan

Contoh :